BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 5, 2010

Novel Maaf dari Sorga: Menerjah Nurani

Setelah lelah bergelut dengan rutin harian, aku terdampar di dada hari. Kucapai novel Maaf dari Sorga karya Faisal Tehrani yang kubeli semasa pesta buku antarabangsa di PWTC, 28 Mac 2010. Sememangnya aku kepingin memejam mata walaupun sepicing cuma. Begitulah tabiat seorang aku yang boleh tertidur segera dengan menatap wajah buku. Namun kali ini mataku semakin menyegar tika berkelana menjejaki latar hidup Hakiki dan isterinya Sarah wanita Mat Saleh; watak protagonis dalam novel ini. Faisal mengajakku menyelongkar hakikat diri insan yang bergelumang dengan dosa dan noda. Hidup menjadi kacau dan berantakan gara-gara dosa terhadap Allah Taala dan ibu bapa. Dosa menjadi mimpi ngeri dan bayang-bayang penyesalan menghantui diri. Namun akar diri masih tidak tercabut. Dengan sekelumit iman yang masih melekat pada akar diri, Haikal bangun menjadi insan yang hidup semula selepas kematian dalam jaga! Aku langsung teringat dengan lontaran bait-bait puisi Kasim Ahmad;

sekian lama kita mati dalam setia
kali ini kita hidup dalam durhaka.

Inilah paradoks kehidupan!

Walau apapun, biarlah kita hidup dalam mentaati perintah Allah Yang Maha Berkuasa!

0 ulasan: