Danau Toba, wajahmu masih segar di birai kenangan. Wangi bayu yang berpuput, air tasik bening menyepi, liuk anak-anak ikan bermain di celahan batuan, menggamit rinduku padamu. Di dadamu terhimpun sejarah para leluhur. Berdiri Raja Batak gagah dengan dua belas orang isteri di kaki danau. Tersergam rumah para leluhur yang menyimpan misteri. Kini di muara pasca modernisme, Danau Toba telah berubah. Proses modernisasi yang pesat menerjah dadamu, memungkinkan kau bukan lagi lahan subur para leluhur.
Horas!
Kalimat ini mengingatkan aku pada Pak Ali, pemandu pelancong kami. Bagi lelaki Batak, seorang wanita yang cantik semestinya bertubuh besar dan rendang. Apa rasionalnya? Pandai menyeimbangkan badan semasa menjunjung barang di atas kepala sehingga tidak jatuh! Itulah kehebatan wanita Batak pada suatu ketika dahulu. Namun kini, persepsi ini telah berubah. Gadis Batak masing-masing ingin kelihatan kurus dan langsing. Semakin kurus semakin cantik bagai model yang memperagakan pakaian di atas pentas. Adakah anda bersetuju?
Horas!
Bagiku, wanita cantik ialah wanita yang mampu mengawal diri, mengurus emosi, mengurut perasaan, menghias akhlak, menyulam kasih, menghampar setia pada sang suami yang bersendikan tiang syarak!

0 ulasan:
Post a Comment