Mulakan prolog rinduku dengan nama Allah
bahawa aku adalah perempuan yang tewas
sebelum berjuang dalam gelora muhasabah
ketakutan yang menjalar dalam segenap urat tubuh
membongkar kealpaan emosi sejarah remajaku
yang tergadai di pasar borong peraih cinta palsu
akukah perempuan Melayu terakhir itu?
Prolog rinduku meniti arus mujahadah diri
menyemai emosiku membelai perasaan meresap ke sukma
mungkinkah ada pelangi petang selepas hujan insaf
yang bersedia menjadi jambatan diri menuju ke ufuk taubat
atau aku akan menjadi perempuan Melayu terakhir
yang tewas dalam medan perjuangan nafs.
Friday, October 15, 2010
Prolog Rindu Perempuan Melayu Terakhir
Dicatat oleh baharuddin sairi di 9:07 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment