BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 27, 2010

Wanita Jawa

Perkataan wanita berasal daripada sukukata bahasa Jawa iaitu wani bererti berani dan tata bermaksud tatasusila atau budipekerti. Dalam masyarakat Jawa, wanita disanjung sebagai insan yang berani menghadapi cabaran hidup, berbudi pekerti mulia, dan cekap menjalankan urusan rumah tangga. Wanita Jawa amat setia kepada suami. Mereka patuh akan nasihat dan bimbingan suami serta pandai menjaga maruah diri. Wanita Jawa juga cekap menguruskan rumah tangga. Mereka bijak mengurus masa, mendidik anak dan sentiasa menjaga penampilan diri. Telitilah pantun berikut:

Mencari kangkung di tepi paya,
Sambil mengail ikan haruan,
Wanita Jawa pandai bergaya,
Anggun parasnya menjadi pujaan.

Sambil mengail ikan haruan,
Memetik pegaga buat kerabu,
Anggun parasnya menjadi pujaan,
Menjadi suami semakin cemburu.

Justeru, timbul pertanyaan; mungkinkah lelaki Jawa memang insan cemburu?

0 ulasan: