BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 17, 2010

nasi ambang

Nasi ambang merupakan makanan leluhur Jawa. Lumrahnya, nasi ambang dibuat bersempena kenduri kesyukuran dalam keluarga Jawa. Antara kenduri yang menampilkan hidangan nasi ambang termasuk kenduri mapati, kenduri mitoni, selepas menuai padi, kenduri selamat dan sebagainya. Nasi ambang dihidangkan di dalam talam atau dulang. Nasi diletakkan di tengah talam dan disekelililingnya diletakkan dengan lauk-pauk seperti ayam masak kicap, serunding, rempeyek, sayur tumis dan kerabu. Biasanya setalam dikongsi oleh empat orang dan dibahagi-bahagi sama rata untuk dibawa pulang ke rumah. Anak-anak setia menanti di kaki tangga...menunggu bapa membawa nasi ambang. Aromanya amat mengasyikkan. Cubalah...

0 ulasan: