BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 27, 2010

Wanita Jawa

Perkataan wanita berasal daripada sukukata bahasa Jawa iaitu wani bererti berani dan tata bermaksud tatasusila atau budipekerti. Dalam masyarakat Jawa, wanita disanjung sebagai insan yang berani menghadapi cabaran hidup, berbudi pekerti mulia, dan cekap menjalankan urusan rumah tangga. Wanita Jawa amat setia kepada suami. Mereka patuh akan nasihat dan bimbingan suami serta pandai menjaga maruah diri. Wanita Jawa juga cekap menguruskan rumah tangga. Mereka bijak mengurus masa, mendidik anak dan sentiasa menjaga penampilan diri. Telitilah pantun berikut:

Mencari kangkung di tepi paya,
Sambil mengail ikan haruan,
Wanita Jawa pandai bergaya,
Anggun parasnya menjadi pujaan.

Sambil mengail ikan haruan,
Memetik pegaga buat kerabu,
Anggun parasnya menjadi pujaan,
Menjadi suami semakin cemburu.

Justeru, timbul pertanyaan; mungkinkah lelaki Jawa memang insan cemburu?

Thursday, February 25, 2010

aksara jawa

Masih beradu di kamar mindaku tika berkongsi cerita dengan Allahyarham Hj.Reduan, seorang tukang cerita juga seorang pendakwah yang telah sampai di bumi Pakistan,India,Bangladesh,kota London sehingga ke Surinam, Amerika Latin. Cerita berkisar tentang aksara Jawa. Yang aku tahu hanya suku kata Melayu atau Inggeris dari bangku sekolah rendah hingga ke universiti. Alhamdullillah, melalui beliau kini baru sedar bahawa bangsa leluhurku kaya dengan sistem bahasa yang tersendiri. Itulah, ha, na, ca, ra, ka, da, ta, sa ,wa, la, pa, da, jo, yo, ngo, mo, go, bo,to, ngo. Jika saudara ingin mengetahui di sebalik makna tersurat dan tersirat aksara tersebut, saudara bolehlah membaca karya Dr.Noriah Muhammad mantan pensyarah saya di UKM, berjudul Jawa di Sebalik Tabir. Selamat meneroka dunia Jawa...

Wednesday, February 17, 2010

nasi ambang

Nasi ambang merupakan makanan leluhur Jawa. Lumrahnya, nasi ambang dibuat bersempena kenduri kesyukuran dalam keluarga Jawa. Antara kenduri yang menampilkan hidangan nasi ambang termasuk kenduri mapati, kenduri mitoni, selepas menuai padi, kenduri selamat dan sebagainya. Nasi ambang dihidangkan di dalam talam atau dulang. Nasi diletakkan di tengah talam dan disekelililingnya diletakkan dengan lauk-pauk seperti ayam masak kicap, serunding, rempeyek, sayur tumis dan kerabu. Biasanya setalam dikongsi oleh empat orang dan dibahagi-bahagi sama rata untuk dibawa pulang ke rumah. Anak-anak setia menanti di kaki tangga...menunggu bapa membawa nasi ambang. Aromanya amat mengasyikkan. Cubalah...

syair Jawa

Tombo hati iku limo warnane
boco Quran angan angan sakmana ne
peng loro wong alim kumpulono
peng telu solat wengi lakunano
peng papat zizkir wengi suwe suwe
peng limo weteng sampian ghutu luwe
saksopo amal iku limang perkoro
insyallah bakal le melebu suwurgo.

syair ini aku dapat daripada alllahyarhan Hj Reduan,
seorang peneroka tanah baru awal di Sabak Bernam,
juga seorang dai' yang telah sampai ke surinam...
al-Fatihah.

Thursday, February 4, 2010

AKU ANAK JAWA

Bangsa Jawa tersohor dengan tatakrama yang mengakari kehalusan budi para leluhur. Namun begitu, keluhuran budi dalam kalangan masyarakat Jawa semakin luntur. Anak-anak Jawa tidak tahu menggunakan bahasa leluhur. Mereka tidak lagi mengenal amalan budaya dalam kenduri Jawa seperti mapati, mitoni, megengan dan sebagainya. Justeru itu, sebagai anak Jawa, saya terpanggil untuk membuat kajian ilmiah tentang budaya Jawa. Hasilnya, saya mendapat MA di UKM dalam kajian yang berfokus kenduri Jawa. Tetap usaha ini tidak mencukupi. Ijazah bukan segala-galanya. Nurani bangsa Jawa harus menggetar sukma alam...Ayuh, kita gali khazanah para leluhur yang di tumit langit kelabu.