BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 30, 2014

Gadis Mentarang dan Sekuntum Cinta

Aku gadis jalanan
Penjual mentarang
Yang kehilangan dunia remajaku
Di lumpur kemiskinan
Tanpa cinta wangi
Dari seorang lelaki.

Aku penjual mentarang
Yang kehilangan halus jemari runcingku
Calar hidup di tanganku
Tanpa haruman
Sekadar bau hamis masin laut
Duniaku cintaku.

Suatu sore yang polos
Seorang lelaki kota menjual cinta
Padaku gadis penjaja mentarang
Tanpa suara
Aku memberinya mentarangku
Secara percuma
Bukan cintaku
Kerana ia terlalu mahal.

Ilhamrasa,
pawanasore.

Jaman Edan Moden

Kita hidup dalam jaman edan
Segalanya diamuk edan
Dari pimpinan hingga ke rakyat jalanan
Segalanya diamuk edan
Edan kuasa
Edan harta
Edan pangkat
Edan darjat
Segalanya edan.

Kita hidup dalam jaman edan
Edan hiburan
Edan panganan
Edan
          Edan
                      Edan
Siapa edan
                          Kau edan
                                        Aku edan
Semuanya
                 edan.

Jaman Edan
Buta haram halal
Buta hitam putih
Buta
Buta
Buta
Buta hati.

Ayuh umat
Ayuh bangsaku
Buang edan!
Ambil Tuhan!
Dalam hidup.

Ilhamrasa,
pawanasore 2014, dhuha, 31.1.14

Monday, July 15, 2013

Indahnya ramadhan

Ramadhan
kau hadir dalam rinduku
mengirim harum syurgawi
menghulur cinta abadi
bidadari
abadi.

Ramadhan
kau selimutkan malamku dengan mimpi-mimpi
hadis nabawi
fadilat ramadhan maknawi
menghulur janji
menyulam simpati
kasih abadi.

Ramadhan
usah tinggalkan aku dalam kekesalan
usah biarkan aku dalam kesedihan.

pawanasore
sg.nibong
6 ramadhan.

Thursday, May 30, 2013

Surat Buat YB

Yang berhormat
Turunlah menjenguk kami
Rakyat miskin yang kau pujuk rayu meminta jari kami
Tika kau menghulur sejuta janji sejuta mimpi
Kau kalungkan di leher kami dengan manis kata
Berulam dusta.

Yang berhormat,
Turunlah menjenguk kami
Petani tua di desa lara
Lihatlah anak-anak kami yang telanjang
Mengutip kulit-kulit padi
Yang kehilangan isi
Kehilangan subsidi.

Yang berhormat,
Mampirlah di kedai kopi kami
Bersembanglah dengan kami
Hiruplah kopi jantan
Hiruplah kopi janda
Yang tergantung setia di dinding retak
Yang menunggu rebah ke bumi.

Yang berhormat,
Aku tidak mengemis elauanmu
Aku tidak mengharap belanjamu
Aku tidak harap tanah banglomu
Aku cuma kepingin melihat kau kotakan janji
Sebelum tiba pintu mati.

Yang berhormat,
Turunlah ke jiwa rakyat
Sebelum rakyat turun menggegar sukmamu
Turunlah YB
Rakyat merinduimu.

Wednesday, May 22, 2013

Langit Murka

Langit
Murkamu membelah jantung alam
Kilat petir menyumpah manusia dungu
Harga diri berantakan retak wajah seribu.

Langit
Murkamu melontar deras angin
Taufan amarah membelah dada garing bumi
Ombak laut menggulung merangkul lemas diri
Manusia mengutip kaca agama kembali
Setelah menatap peti mati.

Langit
Murkamu menghiris gemunung
Jeritan amarahmu menggegar tingkap jagat raya
Tiada suara
Tiada suara
Sepi
Sepi
Sepi.

ilhamrasa,
baharsm/sg nibong/22/5/13






























































Saturday, April 27, 2013

Kerusi 1

Kerusi
kerusi kayu
kerusi batu
kerusi plastik
kerusi antik
kerusi murah
kerusi mahal
kerusi hanya satu
yang berebut beribu.

Kerusi
bagai bara
bagai orang tua yang lara
yang menunggu patah
tiang pasrah.

Kerusi
bukan gurauan
bukan mainan
bukan bukan bukan
pasti pasti pasti
diusung mati.

kerusi
kerusi
kerusi
bukan lagi igauan
bukan lagi siulan
bukan lagi jeritan
bukan barang mainan
bukan barang lelongan
tanggungjawab dan harapan.

Kerusi
bukan segala-galanya
kerusi
dalam hati
dalam diri
kerusi
harga diri
iman hakiki
pasti.

Kerusi satu itu
sudah tiada lagi
hilang kaki
hilang insani.


Monday, December 10, 2012

Taman Rimba 1

Menyusur denai uzlah
mengusung payah mujahadah
mengutip bebatuan dosa yang tercicir
di sungai sesal yang deras
tebing usia rebak
diintai rimba suci
bagai perawan asli.

Taman rimba
kumerinduimu.

Kuala Tahan, Pahang....