Wa
wa
wa
Ni
ni
ni
Ta ta ta
ta ta ta
kra
kra
kra
Ma ma ma
Wanita
Jawakah dia
yang kehilangan Jawa
dalam kelancangan kata
yang kelayuan daun kota
yang keghairahan madu cinta
Mabuk
ma ma ma buk buk buk.
Wanita
Jawakah dia
ha
ha
ha
la
la
la
li
li
li.
Wanita
Jawakah dia
la
la
la
gi
gi
gi
laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ilhamrasa:
pawanasore/sg nibong/mlm jumaat
20.2.2014.
Thursday, February 20, 2014
Wanita Jawakah Itu?
Saturday, February 15, 2014
Epilog 'Pak Man'
11 000 tahun
Aku terpenjara dalam muzium sejarah
Tulang temulangku tatapan pengunjung
Rohku berkelana abadi
Mati tapi hidup
Hidup tapi mati.
Atas nama siapa
Aku dipenjara di muzium ini
Tanpa suara
Tanpa roh
Tanpa maruah.
Aku mencari aku dalam keakuan
Aku mencari keakuan dalam aku
Tapi yang wujud adalah aku
Tuhan Yang Satu
Bukan aku dalam keakuan.
Insaflah duhai manusia moden
Manusia prasejarah seperti aku
Lenyap dalam keakuan
Sebelum tiba saat kalian
Terpadam dalam sejarah.
Ilhamrasa,
pawanasore, 2.30 petang,
16 feb. 2014.
Gunung Kelud Kediri dan Sang Pendosa
Amarah apakah kali ini
Amuk gunung merapi
Buat jiwa sang pendosa sengsara
Api dan debu bersatu
Membadai bisu
Sepi
Mati.
Awan berlari di jalanan
Angin keras kasar membatu
Lahar memintal tubuh sang pendosa
Melolong bagai halilintar membelah langit
Api
Debu
Angin
Nanar.
Dosa siapakah kali ini
Mengirim murka Gunung Kelud Kediri.
Ar-Rahman
Ar-Rahman
Ar-Rahman.
ilhamrasa,
pawanasore/tumit subuh ahad,
16.2.2014.
Thursday, February 13, 2014
Tikar Kehidupan
Menganyam tikar kehidupan
Bukanlah suatu yang mudah
Teliti dalam sabar
Menduga dalam debar
Kekadang luka dalam tawa
Rebah dalam pasrah.
Menganyam tikar kehidupan
Umpama menyulam kata-kata
Tulus berselang ikhlas
Berbunga mesra
Berdaun cinta
Hidup
Mati.
Menganyam tikar
Umpama menganyam cinta
Luka
Tapi mengasyikkan
Benarkah?
Baharuddin Sairi,
10 malam, Sg Nibong.
Thursday, January 30, 2014
Gadis Mentarang dan Sekuntum Cinta
Aku gadis jalanan
Penjual mentarang
Yang kehilangan dunia remajaku
Di lumpur kemiskinan
Tanpa cinta wangi
Dari seorang lelaki.
Aku penjual mentarang
Yang kehilangan halus jemari runcingku
Calar hidup di tanganku
Tanpa haruman
Sekadar bau hamis masin laut
Duniaku cintaku.
Suatu sore yang polos
Seorang lelaki kota menjual cinta
Padaku gadis penjaja mentarang
Tanpa suara
Aku memberinya mentarangku
Secara percuma
Bukan cintaku
Kerana ia terlalu mahal.
Ilhamrasa,
pawanasore.
Jaman Edan Moden
Kita hidup dalam jaman edan
Segalanya diamuk edan
Dari pimpinan hingga ke rakyat jalanan
Segalanya diamuk edan
Edan kuasa
Edan harta
Edan pangkat
Edan darjat
Segalanya edan.
Kita hidup dalam jaman edan
Edan hiburan
Edan panganan
Edan
Edan
Edan
Siapa edan
Kau edan
Aku edan
Semuanya
edan.
Jaman Edan
Buta haram halal
Buta hitam putih
Buta
Buta
Buta
Buta hati.
Ayuh umat
Ayuh bangsaku
Buang edan!
Ambil Tuhan!
Dalam hidup.
Ilhamrasa,
pawanasore 2014, dhuha, 31.1.14